Monday, 9 March 2015

5.5 : PENAKSIRAN PEMBELAJARAN


Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang merangkumi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. 
  1. aktiviti menghurai, 
  2. mengumpul, 
  3. merekod, 
  4. memberi skor dan,  
  5. menginterpretasi  

Penilaian formatif : Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Penilaian sumatif : Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang p dengan p lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/pengredan.



Tujuan Penaksiran
 
  1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran 
  2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
  3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
  4. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
  5. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
  6. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
  7. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
 
Penilaian  

  • Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan  kedudukan dalam pembelajaran. 
  • sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. 
  • merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.


Tujuan Penilaian  

  • Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
  • Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
  • Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan 
  • keberkesanan pengajaran mereka.
  • Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

Jenis Penaksiran
  
  • Penaksiran pembelajaran 
  • Penaksiran prestasi
  • Penaksiran berasaskan portfolio
  • Penaksiran kendiri 
  • Penaksiran berasaskan komputer 







No comments:

Post a Comment