Sunday, 8 March 2015

2.1 : PERATURAN DAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB


Sebagai penjawat awam, guru mesti mematuhi Peraturan Kelakuan dan tatatertib 1993 (Pindaan 2002). Dengan adanya peraturan ini, maka guru akan sentiasa berkelakuan baik dan bertata tertib mengikut garis panduan yang ditetapkan. Matlamat tatatertib adalah seperti:
  • Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab. 
  • Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan mereka sendiri.
  • Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam. 
  • Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan. 

Secara umum, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) mengandungi peraturan-peraturan seperti berikut:
  • Peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta larangan /kesalahan khusus. 
  • Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib.
  • Prosedur dan tindakan tatatertib.
  • Hukuman tatatertib. 
  • Peruntukan pelbagai yang berkaitan.  



Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Secara Umum

K7_Peraturan





No comments:

Post a Comment