Sunday, 8 March 2015

3.2 : HAK ASASI KANAK-KANAK


3.2.1 Latar Belakang 

Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-44 pada 20 November 1989 dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi: 
  • Pengabaian. 
  • Penderaan.
  • Eksploitasi.
  • Jaminan kanak-kanak mendapat haknya.

Secara logiknya, mengapa hal ini perlu? 
  • Tidak ada perundangan dalam beberapa buah negara.
  •  Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak.
  • Kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa.
  • Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tiada pengaruh politik dan ekonomi.

Prinsip-prinsip konvensyen:
1.Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan.
2.Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan.
3.Kepentingan terbaik kanak-kanak harus diberi keutamaan.
4.Kanak-kanak harus diberikan peluang melibat secara aktif dalam semua perkara dan diberikan kebebasan menyuarakan pendapat.



Perlaksanaan Konvensyen:
Perkembangan ini dipantau oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. UNICEF yang bergerak sebagai agensi khusus di undang untuk memerhati dan pandangan mereka. Konvensyen Hak Kanak-Kanak ini telah: 
  • Memperakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan sebagainya. 
  • Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka. 
  • Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman.
  • Mengingati bahawa kanak-kanak belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan perlindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya.
  • Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan tindakan khas. 
  • Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak.


Tiga Prinsip Utama Konvensyen Hak Kanak-Kanak: 

1.Kanak-kanak ialah seorang yang berumur di bawah 18 tahun.
2.Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kekecualian dan tiada diskriminasi.
3.Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan berdasarkan prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (the best interest of the child).


Hak Kanak-Kanak:

(i)Hak kehidupan (keperluan asas, hak untuk hidup, mendapat perubatan).
(ii)Hak Perlindungan (diskriminasi, penderaan, pengabaian, penderaan seksual, eksploitasi dan lain-lain).
(iii)Hak Perkembangan (semua jenis pendidikan, hak kepada standard of living, peluang untuk turut serta, persekitaran yang selamat).
(iv)Hak Penyertaan (berjumpa dengan kanak-kanak lain, menyertai kelab atau persatuan, memberikan pandangan mereka).


3.2.2 Hak Kanak-Kanak Di Malaysia
 
Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani beberapa konvensyen dalam komitmen kepada perlindungan kanak-kanak di negara ini seperti berikut:
i.Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak pada 19 Mac 1995 . 
ii.Konvensyen Penghapusan Semua bentuk Diskriminasi Terhadap
Wanita pada 4 Ogos 1995.
iii.Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk) pada 10 November 2000.

Malaysia, beberapa bentuk perundangan telah dibentuk dalam konteks melindungi Kanak-Kanak iaitu:
i.Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468) – mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.
ii.Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) – berkaitan dengan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman  asuhan kanak-kanak.
iii.Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkutan Anak Angkat 1952).
iv.Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002) – memastikan perlindungan, pemuliharaan dan  pembangunan untuk kanak-kanak.

3.2.3 Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak  
Kerajaan telah berusaha untuk melindungi kanak-kanak di Malaysia dengan pelbagai cara. Antara caranya ialah seperti:
i.Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan pemulihan.
ii.Pasukan Pelindung Kanak-Kanak ditubuhkan di peringkat daerah dan negeri.
iii.Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri.
iv.Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1985 dikaji semula untuk memantapkan penguatkuasaan.



Hak Asasi Kanak-Kanak

No comments:

Post a Comment