Sunday, 8 March 2015

4.1 : STRES

4.1.1 Konsep Tekanan Stres 

Menurut Kamus Dewan (2007) mentafsirkan stres sebagai keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Dengan kata lain, stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap satu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.

4.1.2 Jenis-Jenis Stres

Mengikut Cockburn (1996), terdapat 5 jenis stres yang dialami oleh guru. Stres-stres tersebut ialah:

1.Stres ‘here or now’ – situasi yang wujud pada sesuatu masa atau ketika. Contoh: guru berada dalam situasi peperiksaan.
2.Stres ‘anticipation’ – guru akan bertindak balas terhadap sesuatu peristiwa yang dijangkakan. Contoh: setiap hujung semeter, sekolah akan mengadakan hari ibu bapa bertemu guru.
3.Stres ‘imaginative’ – individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang ngeri dan menakutkan dalam sesuatu situasi. Contoh: berfikir didatangi pencuri.
4.Stres ‘reactive’ – stres yang wujud daripada peristiwa lampau. Contoh:berasa sedih akibat kematian seseorang.
5.Stres ‘negative’ – sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu atau tahun. Contoh: tidak cukup wang. 

4.1.3 Punca-Punca Dan Tanda-Tanda Stres Dalam Kalangan Guru

Punca-Punca Stres
 
Pada masa sekarang, guru mempunyai tugas-tugas lain yang mencabar selain daripada mengajar. Dengan pertambahan tugas tersebut, ramai guru mengalami stres. Menurut kajian daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan  Malaysia (NUTP), stres dalam kalangan guru dikenal pasti atas faktor:
  • Tekanan oleh ibu bapa pelajar. 
  • Beban tugas. 
  • Prospek kenaikan pangkat.
  • Penilaian untuk kenaikan gaji yang tidak adil.
  • Keinginan untuk mengajar.
  • Infrastruktur dan lokasi sekolah.

Tanda-Tanda Simptom Stres
 
Stres boleh dikenal pasti berdasarkan simptom-simptom yang dipaparkan oleh perilaku seperti: 
  • Masalah ingatan. 
  • Kurang beri tumpuan.
  • Membuat penilaian tidak tepat.
  • Sakit sendi, cirit birit atau sembelit.
  • Sakit kepala, pening.
  • Makan lebih atau kurang.
  • Tidur lebih atau kurang. 
  • Suka menyendiri dan sebagainya.

Langkah-Langkah Menangani Stres
 
Terdapat beberapa langkah yang boleh menjauhkan dan mengelakkan seorang guru daripada stres. Antara langkahnya ialah: 
  • Belajar mengatakan tidak atau tidak mahu dalam kehidupan peribadi atau profesional (asertif). 
  • Mengelakkan individu yang boleh menyebabkan menghadapi stres.
  • Tambah dan kuatkan hubungan rakan-rakan sekerja.
  • Berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai. 
  • Menggalakkan diri dalam kumpulan perbincangan atau forum.
  • Menulis jurnal dan menilai kelemahan diri.


 
Stress


No comments:

Post a Comment