Menurut Kamus Dewan (2007), emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Gangguan emosi berlaku apabila seseorang:
- Mengalami emosi tertentu seperti depresi.
- Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan.
- Sukar berhubung dengan orang lain.
- Mempunyai dua atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut.
Mengikut Achmanto Mendatu (2007), gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan takut dan cemas. Terdapat beberapa jenis perasaan takut yang dapat dijelmakan dalam bentuk kecemasan seperti acrophobia (takut kepada ketinggian), agoraphia (takut kepada tempat terbuka), astraphobia (takut kepada cahaya dan kilat), hydrophobia (takut kepada air), sitophobia (takut makan), xenophobia (takut kepada orang asing), nytophobia (takut kepada kegelapan, mysophobia (takut kepada kotor) dan lain-lain. Gangguan kecemasan mencakupi antara lainnya gangguan panik (panic disorder), fobia sosial (social phobia) dan gangguan kecemasan umum. Orang yang fobia akan mengalami satu keadaan di mana dirinya akan memasuki situasi yang menakutkan dan kemudian akan digambarkan dengan kecemasan.
3.1.1 Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid
Guru bertanggungjawab membantu murid yang mengalami gangguan emosi. Kanakkanak yang menghadapi gangguan emosi biasanya:
i.Tidak berupaya berinteraksi secara formal dengan kanak-kanak lain. Tingkah laku mereka lebih bersifat keanak-anakan dan tidak mengikut tahap mereka.
ii.Ada kalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk.

3.1.2 Punca Gangguan Emosi
Antara faktor yang ketara yang menyebabkan gangguan emosi ialah masalahmasalah seperti:
(i)Masalah ketidakfungsian otak.
(ii)Pemakanan.
(iii)Mempunyai kemahiran sosial yang rendah dan tidak mempunyai
keyakinan diri.
(iv)Masalah keluarga yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif.
(v)Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran.

3.1.3 Langkah-Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid.
Berikut adalah langkah-langkah dalam mengatasi masalah gangguan emosi murid:
- Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.
- Diberi bimbingan kerjaya.
- Mendapat kerjasama daripada ibu bapa.
- Modifikasi tingkah laku yang sesuai.
- Didedahkan dengan pengurusan emosi.
- Peraturan bilik darjah yang bersesuaian.
- Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri.
No comments:
Post a Comment